Kehadiran dugong tarik perhatian penduduk

SANDAKAN, 11 Ogos – Kehadiran seekor dugong di kawasan laut Kampung Laut Sim-Sim dekat sini pagi tadi menarik perhatian penduduk di kampung itu.

Dugong itu kelihatan berenang di bawah laluan Jambatan 8 perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8.30 pagi.

Jabatan Hidupan Liar Sandakan telah menghantar anggota Unit Menyelamat Hidupan Liar di kawasan itu untuk melakukan pemantauan.

Dugong itu kelihatan berenang di bawah laluan Jambatan 8 Kampung Laut Sim-Sim, sebuah perkampungan atas air di Sandakan kira-kira pukul 8.30 pagi, kelmarin. – Bernama
Dugong itu kelihatan berenang di bawah laluan Jambatan 8 Kampung Laut Sim-Sim, sebuah perkampungan atas air di Sandakan kira-kira pukul 8.30 pagi, kelmarin. – Bernama

Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussein Muin berkata pemantauan dilakukan kerana dugong tersenarai dalam Enak-men Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 sebagai haiwan yang dilindungi. Katanya, penduduk di kampung itu juga diminta memberi kerjasama dalam membantu usaha konservasi dengan tidak mengganggu sekiranya ada dugong berenang di kawasan perairan kampung.

Menurutnya, pihak jabatan juga telah membuat perbincangan awal dengan pihak Fakulti Marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai kehadiran dugong di kawasan itu.

Beliau berkata, pihak UMS akan menghantar penyelidik untuk mengumpul data tentang kehadiran spesies dugong di kawasan itu. – Bernama