Kehadiran ibu bapa ubati kerinduan di perantauan

Kehadiran ibu bapa ubati kerinduan di perantauan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 10 Julai –   Pasangan adik-beradik yang melanjutkan pendidikan di luar negara, merasa sangat bahagia walaupun meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri jauh di perantauan tetapi amat bersyukur kerana berkesempatan meraikannya bersama ayah dan ibu mereka yang berada di sana pada masa ini.

Dayangku Nurul Muizzah dan Dayangku Nurul Munjiah binti Pengiran Haji Muizzuddin, kedua-duanya pada masa ini berada di United Kingdom, masing-masing melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimia Farmaseutikal dan Sains Perubatan.

Sementara itu kedua ibu bapa mereka, Pengiran Haji Muizzuddin bin Pengiran Haji Tajuddin dan Hajah Samsiniah binti Haji Kepli berada di sana sejak 22 Jun lalu,  untuk menyaksikan hari bersejarah kedua-dua anak mereka itu pada Majlis Konvokesyen Pengijazahan Sarjana Muda.

Menurut mereka, berhari raya di perantauan merupakan pengalaman pertama pada tahun ini, dan ia memang jauh bezanya, terasa sebak, tidak dapat bersama dengan ahli keluarga lainnya, tetapi tetap bahagia kerana kebetulan kedua ibu bapa mereka berada di sana.

Mereka anak beranak bersama kawan-kawan lain bersama-sama meraikan hari yang bahagia itu secara sederhana sahaja.

Dayangku Muizzah dan Dayangku Nurul Munjiah bersama kedua ibu bapa mereka dan kawan-kawan lain yang belajar di United Kingdom bersama ibu bapa mereka meraikan sambutan Hari Raya di Edinburg Scotland United Kingdom secara seder-hana.
Dayangku Muizzah dan Dayangku Nurul Munjiah bersama kedua ibu bapa mereka dan kawan-kawan lain yang belajar di United Kingdom bersama ibu bapa mereka meraikan sambutan Hari Raya di Edinburg Scotland United Kingdom secara seder-hana.

Dayangku Nurul Muizzah, yang berada di United Kingdom sejak tahun 2011 mengambil bidang Sains Perubatan di Universiti Edinburg Scotland,  telah menerima Pengijazahan Sarjana Muda beliau pada 27 Jun lalu, disempurnakan penyampaiannya oleh Princess Ann.

Beliau merasakan Aidilfitri tahun ini, hadiah yang amat berharga daripada Allah Subhanahu Wata’ala kerana mengurniakan kesempatan untuknya bersama kedua ibu bapa bersama-sama di hari yang mulia Hari Raya ini.

Sementara itu bagi Dayangku Nurul Munjiah yang berada di United Kingdom sejak tahun 2013 mengikuti Kursus Bidang Kimia Farmaseutikal di University of Leicester, juga akan menerima  Pengijazahan Sarjana Muda pada 15 Julai ini.

Beliau turut berkongsi pera-saan yang sama, berkata, peluang mencium tangan kedua ibu bapa pada pagi Hari Raya untuk memohon ampun dan maaf adalah sesuatu yang amat membahagiakan.

Di samping itu pasangan suami isteri yang lainnya, Haji Awang Yussof bin Haji Awang Mohamad dan isteri Hajah Norja binti Haji Ghafar juga merasa bahagia kerana dapat bersama anak kesayangan mereka berhari raya di perantauan tahun ini. Anak mereka, Awang Mohammad Khairol Azamain Norzelah, yang juga berada di Edinburg Scotland untuk mengambil jurusan Sarjana Sains Fizik.

Bagi Hajah Samsiniah pula, tiada hadiah yang paling berharga jika dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama di sisi anak-anak yang dikasihi, walaupun berada di perantauan.

Doa mereka kepada ahli keluarga yang meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Negara Brunei Darussalam tetap sentiasa disertai, semoga sentiasa bahagia dan bergembira selalu meraikan hari kemenangan se-telah berpuasa selama sebulan.

ARTIKEL YANG SAMA