Kehadiran Raja Maghribi mengejutkan penduduk Amsterdam

Kehadiran Raja Maghribi mengejutkan penduduk Amsterdam

AMSTERDAM, 27 Mac (NNN) – Raja Maghribi tiba di Lapangan Terbang Schiphol Jumaat lalu dalam lawatan peribadi ke Belanda.

Mohammed VI memulakan perhentian dan mengejutkan beberapa orang di jalan, yang mana baginda menyamar dengan hanya memakai baju panas yang mempunyai hud, dengan kep dikait dan mengenakan seluar jean.

Berjalan sekitar Dam Square dan terusan Amesterdam menyeronokkan bagi beberapa orang anak muda di bandar ibu negara, yang mengambil peluang mengambil beberapa gambar bersama raja.

Gambar-gambar dihantar ke Facebook dan segera dikongsikan di seluruh dunia.

Di halaman Facebook Raja Maghribi bertitah bahawa baginda ‘mendapat rahmat’ kerana berpeluang untuk menghabiskan masa di jalan itu, meskipun selepas waktu tengah malam dan bertemu dengan begitu ramai orang yang tidak mahu tidur malam itu.

Awal minggu ini Raja Belanda Willem-Alexander juga mengejutkan orang ramai di jalan Den Haag dengan lawatan tidak lama selepas serangan pengganas di Brussels.

Secara rasmi Raja Mohammed VI bertitah membantah hasrat ahli-ahli politik Belanda untuk menamatkan perjanjian dengan Maghribi yang menghapuskan pembayaran faedah baru Belanda kepada mereka yang memilih untuk menetap di Maghribi.

Senat Belanda baru-baru ini bersetuju dengan langkah itu selepas perjanjian baru dengan Maghribi tidak selesai.

Belanda mahu faedah itu dikurangkan sejajar dengan tahap kehidupan di Maghribi. Menteri Luar Bert Koenders menggesa Belanda supaya terus berusaha ke arah perjanjian dengan Maghribi sebelum dasar baru berkuat kuasa dalam tahun 2017.

Kedua-dua negara akan mengetuai Forum Cegah Keganasan Sejagat dalam bulan Mei. Tidak diketahui jika raja akan menemui dengan mana-mana pegawai kerajaan di Belanda ketika lawatan itu.