Kehamilan Ying Ying tidak berjaya

Kehamilan Ying Ying tidak berjaya

HONG KONG, 7 Okt (AFP) – Panda Hong Kong Ying Ying telah kehilangan anak yang dikandungnya yang mungkin akan menjadi kelahiran pertama panda gergasi di bandar itu, menurut doktor haiwan hari ini. Selepas bertahun-tahun mencuba, Ying Ying yang berusia 10 tahun mula menunjukkan tanda-tanda bunting pada Julai dan dijangka akan melahirkannya pada minggu ini.

Namun penjaga haiwan di Ocean Park Hong Kong, Lee Foo Khong, tempat Ying Ying tinggal, mengumumkan hari ini yang ia telah mengalami keguguran kandungan.

“Berdasarkan pengimbasan baru-baru ini, kandungan itu tidak lagi berdaya hidup.” “Strukturnya tidak lagi sama, ia sudah pecah,” Kata Lee kepada wartawan.

Tambahnya lagi mereka tidak dapat memastikan punca kegagalan kehamilan itu.

Kandungan Panda sangat rapuh dan doktor haiwan sudah memberi amaran apabila kelahiran dijangka tidak lama lagi minggu lepas ia adalah tidak mustahil Ying Ying boleh menyerap semula atau keguguran janin berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA