Keharmonian, keamanan perlu dipertahankan

Keharmonian, keamanan perlu dipertahankan

SANDAKAN, 9 Ogos (Bernama) – Keharmonian dan keamanan yang dikecapi di negara ini harus dihargai dan dipertahankan, kata Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata kini wujud unsur-unsur yang dibawa individu dan pihak tertentu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara ini.

“Kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikecapi. Kita mesti bersatu menolak apa jua cabaran yang menggugat keharmonian di negara ini,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi di sini hari ini.

Tawfiq juga mengingatkan anggota UMNO supaya tidak berpecah belah kerana ia akan melemahkan parti dan kerajaan.