Kehidupan menjadi anak presiden bukan mudah

WASHINGTON – Jika anda merasa sukar menjadi seorang kanak-kanak, cuba menjadi ‘anak pertama’ – anak kepada seorang Presiden Amerika Syarikat.

Cuba tanya anak perempuan Presiden Bill Clinton, Chelsea. Atau kembar Presiden George W. Bush, Jenna dan Barbara. Dan kini, anak bongsu Presiden Donald Trump, Barron.

Barron yang berusia sepuluh tahun telah menjadi sasaran jenaka buruk yang diterima melalui tweet daripada penulis ‘Saturday Night Live’ pada 20 Januari lalu semasa hari pelantikan Donald Trump secara rasmi. Secara berasingan di Chicago, pelawak Shannon Noll memainkan watak yang bertajuk ‘Barron Trump:Up Past Bedtime,’ yang juga dimainkan di sebuah teater di Hyde Park baru-baru ini.

Kedua-dua keadaan dan kejadian ini telah menghidupkan semula soalan-soalan yang sudah lama tentang perlakuan terhadap anak-anak presiden.

“Saya rasa kanak-kanak tersebut berada di luar kemampuan mereka,”kata Lisa Caputo, yang merupakan Setiausaha Akhbar Rumah Putih apabila rancangan ‘Saturday Night Live’ mengejek Chelsea Clinton yang baru berusia 13 tahun. “Mereka tidak bertanding untuk jawatan awam, mereka tidak memegang peranan rasmi.”

Presiden Donald Trump berjalan bersama  Wanita Pertama AS, Melania Trump dan anak lelakinya Barron semasa perbarisan pelantikan Trump di Pennsylvania Avenue di Washington. – AP
Presiden Donald Trump berjalan bersama Wanita Pertama AS, Melania Trump dan anak lelakinya Barron semasa perbarisan pelantikan Trump di Pennsylvania Avenue di Washington. – AP

Pelakon ‘SNL’ Mike Meyers menghantar surat memohon maaf kepada Clinton selepas kejadian itu. Chelsea Clinton yang masih remaja ketika itu juga telah diejek dalam rancangan bual bicara radio yang dihoskan oleh Rush Limbaugh, dengan memanggil beliau seekor anjing.

Katie Rich, seorang penulis rancangan ‘SNL’ yang telah menulis mengenai Barron di dalam Twitter telah digantung selama-lamanya. Selepas membuang tweet tersebut dan menyahaktifkan akaun Twitter beliau, beliau kemudian mengaktifkan semula akaun beliau dan mahu ‘memohon maaf’ atas penulisan tweet yang ‘tidak sensitif’ dan juga beliau amat kesal dengan tindakan beliau tersebut.

“Ia tidak boleh dimaafkan dan saya meminta maaf,” kata Rich. Rakan pelawak beliau juga menyokong permohonan maaf beliau itu, tetapi Noll memberitahu Chicago Reader bahawa dia telah menjadi subjek ancaman di media sosial, termasuk ancaman bunuh, serta homofobia, transphobic, anti-Semitik dan komen-komen perkauman yang ditujukan kepadanya. Teater itu juga telah diganggu.

Kesemua presiden dan wanita pertama mencari untuk menjadi tumpuan dan membiarkan anak-anak mereka di belakang tabir yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai 132 buah bilik, kecuali mereka sendiri (Presiden dan Wanita Pertama) membawa anak-anak mereka ke dalam perhatian.

Selepas beberapa hari dari kejadian yang melibatkan Rich, Rumah Putih merayu untuk menghormati privasi Barron.

“Ia adalah satu tradisi lama dimana anak-anak presiden diberi peluang untuk membesar di luar perhatian politik, Rumah Putih menjangka tradisi ini akan diteruskan.” kata pejabat akhbar Rumah Putih dalam satu kenyataan ringkas.

Minggu yang sama, Trump memberitahu Sean Hannity daripada Fox News bahawa ia adalah sangat ‘memalukan’ buat NBC “untuk menyerang anak lelaki saya yang berusia 10 tahun.” Trump juga menyatakan bahawa kenyataan itu dapat mengganggu Barron, yang hanya terlihat dalam acara-acara besar pada tahun-tahun lalu, seperti Majlis Makan Malam Trump, Konvensyen Kebangsaan Republikan dan malam pilihan raya. Dia terus untuk menetap sepenuh masa di New York City bersama dengan ibunya, Wanita Pertama Melania Trump.

“Ia bukan satu perkara yang mudah untuk beliau. Percayalah,” kata Trump mengenai anaknya.

Sebaliknya, anak-anak Trump yang sudah dewasa iaitu Don Jr, Eric, Ivanka dan Tiffany, berkongsi perhatian dengan bapa mereka yang terkenal. Don Jr. dan Eric menjalankan perniagaan keluarga dan Ivanka dijangka menyertai pentadbiran tersebut. Ketiga-tiga anak Trump duduk berbincang bersama bapa mereka (Trump) sebelum beliau mengambil alih jawatan sebagai presiden.

Doug Wead, penulis buku mengenai anak-anak presiden, berkata ia adalah ‘kesakitan yang parah’ apabila anak-anak menjadi kenderaan kemarahan mereka apabila sesetengah golongan dewasa menginginkan agar kemarahan itu dapat diarahkan kepada presiden. Beliau berkata, anak-anak presiden sering kali menjadi sasaran mereka yang dilihat sebagai lemah.

Barron Trump tiba di West Front  U.S. Capitol  di Washington,  semasa majlis pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45. – AP
Barron Trump tiba di West Front U.S. Capitol di Washington, semasa majlis pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45. – AP
Gambar fail 1 Ogos 2000 menunjukkan Bill Clinton tersenyum bersama dengan Hillary dan anaknya Chelsea selepas menyampaikan ucapan presiden di Konvensyen Demokratik Kebangsaan di Pusat Staples di Los Angeles, California. – AFP
Gambar fail 1 Ogos 2000 menunjukkan Bill Clinton tersenyum bersama dengan Hillary dan anaknya Chelsea selepas menyampaikan ucapan presiden di Konvensyen Demokratik Kebangsaan di Pusat Staples di Los Angeles, California. – AFP

“Barron tidak boleh melawan,” kata Wead.

Anita McBride, yang bekerja untuk tiga presiden republikan dan merupakan ketua kakitangan wanita pertama Laura Bush, berkata Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle, telah melakukan kerja yang cemerlang dalam melindungi anak mereka dari kebanyakan pemerhatian awam. Anak-anak perempuan Bush berada dalam sebuah kolej yang dikawal ketat apabila beliau dipilih menjadi presiden pada tahun 2000 dan mereka tidak tinggal di Rumah Putih. Tetapi isu minum di bawah umur mereka telah menjadi tajuk utama.

“Kenapa dalam masa 24 jam, perlu adanya perbezaan bagi kanak-kanak ini?” McBride berkata daripada Barron.

Dan Chelsea Clinton berkata di Twitter bahawa, “Barron Trump layak diberi peluang sepertimana setiap kanak-kanak yang lain – untuk menjadi seorang kanak-kanak” Tetapi dia juga menambah bahawa berdiri menyokong untuk mereka ini bermakna menentang dasar Trump akan lebih menyakiti mereka.

Tweet sokongan daripada bekas anak pertama – yang mana merupakan kawan baik dengan kakak Barron Ivanka – memberi penerangan tentang kelab eksklusif ‘anak-anak pertama,’ yang seolah-olah berjumpa dengan satu sama yang lain.

Jenna dan Barbara Bush baru-baru ini memuji Malia dan Sasha Obama kerana dapat bertahan dari ‘tekanan yang perit daripada Rumah Putih’ dan juga ‘kritikan-kritikan keras yang dihadapi ibu bapa mereka dari orang-orang’ yang tidak dikenali.

“Ambil semua yang anda telah lihat, orang yang anda telah temui, pengalaman-pengalaman yang anda pelajari dan jadikannya sebagai panduan dalam membuat perubahan yang positif. Kami yakin anda akan berjaya,” mereka menggalakkan anak-anak perempuan Obama melalui sepucuk surat. Adik-beradik Bush juga menulis surat kepada anak gadis Obama apabila mereka berpindah ke Rumah Putih pada tahun 2009 dalam usia 10 dan 7 tahun.

Wead berkata sambil menangis bahawa kanak-kanak ini kadang-kadangnya mendapat perlakuan kasar daripada orang ramai.

Sebagai kanak-kanak yang mempunyai keistimewaan, mereka berada jauh kehadapan kerana mempunyai rakan-rakan bangsawan yang ramai.

“Dua daripada mereka menjadi presiden di dalam diri mereka sendiri,” kata Wead, merujuk kepada George W. Bush, anak kepada Presiden George H.W. Bush dan John Quincy Adams, anak kepada Presiden John Adams. – AP