Keikhlasan dalam beramal jariah

Keikhlasan dalam beramal jariah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Masjid Kampung Kilanas, hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah Sekampung serta Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-anak Yatim Kampung Kilanas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof selaku penaung jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

Tetamu kehormat majlis dalam ucapannya antara lain menyentuh mengenai keikhlasan dalam beramal jariah baik dalam apa bentuk sekali pun kerana ia merupakan amalan terpuji dan menjanjikan pahala yang berpanjangan.

Beliau juga menekankan mengenai sikap segelintir masyarakat yang menyalahgunakan media sosial dan media massa untuk tujuan membuat fitnah dan menyebarkan maklumat palsu.

Haji Mohd Rozan menyampaikan derma kepada salah seorang penerima.
Haji Mohd Rozan menyampaikan derma kepada salah seorang penerima.

Menurutnya, adalah lebih baik jika platform komunikasi ini dijadikan medium menyebarkan dakwah dan ajaran-ajaran agama Islam yang sahih seperti doa-doa, bacaan dalam solat dan witir, serta zikir.

Beliau turut menyeru agar anak-anak yatim dijaga dan dipelihara sebaiknya, serta mengingatkan masyarakat supaya tidak akan melupakan dan terlepas pandang tanggungjawab ke atas mereka.

Di majlis itu, seramai 22 anak yatim menerima sumbangan derma yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA