Keiko Fujimori menang pusingan pertama undian Peru

Keiko Fujimori menang pusingan pertama undian Peru

LIMA, 11 April (AFP) – Keiko Fujimori, anak perempuan bekas Presiden yang dipenjara kerana pembunuhan beramai-ramai, mendahului undi kelmarin dalam pilihan raya yang akan membuatbeliau menjadi pemimpin wanita pertama Peru jika dia menang di pusingan seterusnya.

Dalam pilihan raya dicemari dengan dakwaan membeli undi dan sehari selepas serangan gerila yang mengorbankan tujuh orang, Fujimori, 40, mempunyai kelebihan dua angka undian mengatasi pencabarnya , Pedro Pablo Kuczynski, 77, yang berada di tempat kedua.

Oleh kerana Fujimori kurang 50 peratus, dia kini perlu menghadapi Kuczynski dalam pilihan raya seterusnya pada 5 Jun. Kedua-dua telah berjanji untuk meningkatkan ekonomi dan memerangi jenayah di negara pengekspotan bahan mineral di Amerika Selatan yang berjumlah 30 juta orang penduduk.

Fujimori terdahulu merayakan kemenangannya apabila penyelidikan undian tidak rasmi menunjukkan beliau jauh mendahului. Pengundi “menuntut perubahan. Ini adalah satu tanggungjawab yang besar, yang kita akan hormatinya,” katanya kepada penyokong yang bersorak.

“Peru mahu perdamaian dan tiada konflik lagi,” katanya. “Kami menjemput semua warga Peru pada 5 Jun untuk memilih perubahan dan untuk masa depan, kerana masa depan Peru sedang dalam perjalanan.”

Fujimori berada di atas dengan 38 peratus undi selaras dengan pemilihan keluar, dengan satu perlima daripada undi dikira, kata ketua badan pilihan raya negeri ONPE, Mariano Cucho dalam ucapannya di televisyen. Kuczynski mempunyai 24.5 peratus.