Keindahan Gua...

Keindahan Guatemala terserlah walau dimamah usia

GUATEMALA – Tempat yang menjadi kediaman bekas penduduk di sana telah lenyap termasuklah restoran Cina di sebelahnya. Namun jalan di pusat bandar Guatemala masih sibuk seperti biasa.

Bunyi bas dan kereta masih jelas kedengaran berkeliaran di jalan satu hala yang sempit di sana. Kedai-kedai masih menjual pelbagai barangan. Namun, cat di beberapa buah bangunan telah pudar dimamah usia.

Perbezaan dari pelbagai aspek di Guatemala yang menjadikannya unik – pusat bandarnya yang sibuk, kemiskinan dan kesengsaraan serta kecantikan masyarakatnya, kehebatan sejarahnya dan keindahan semula jadinya.

Antigua Guatemala

Pelancong boleh pergi ke Antigua Guatemala dengan menggunakan pengangkutan ulang-alik dengan harga yang berpatutan dari lapangan terbang Guatemala. Mereka juga boleh menggunakan teksi dengan bayaran yang berbeza-beza. Perjalanan itu mengambil masa 45 minit ke dua jam, bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Antigua ditubuhkan sebagai pusat penjajahan Sepanyol pada tahun 1543. Namun, selepas beberapa kejadian gempa bunyi, ia ditinggalkan dan kemudian dibina semula. Tempat tarikannya termasuklah bangunan penjajahan, gereja-gereja, pasar besar, jalan batu buntar, bangunan dengan cat berwarna-warni serta restoran tradisional dan mewah.

Pemandangan dari bahagian atas kuil IV yang menampakkan beberapa buah kuil menonjol di sebalik kanopi pokok-pokok yang menghijau. - AP
Pemandangan dari bahagian atas kuil IV yang menampakkan beberapa buah kuil menonjol di sebalik kanopi pokok-pokok yang menghijau. – AP
Kuil di Taman Negara Tikal di Utara Guatemala yang dipanggil Temple of the Great Jaguar. - AP
Kuil di Taman Negara Tikal di Utara Guatemala yang dipanggil Temple of the Great Jaguar. – AP

Pelancong juga boleh menggunakan khidmat pengangkutan dan lawatan dilengkapi dengan pemandu pelawat ke ladang kopi berhampiran dan gunung berapi. Lawatan ke gunung berapi boleh mengambil masa enam jam ke dua hari. Dua gunung berapi di sana merupakan gunung berapi aktif dan pelancong selalunya dapat menyaksikan aliran lahar secara dekat.

Hotel di sana menawarkan sewa yang berbeza-beza. Hotel Porta merupakan sebuah tempat penginapan yang dulunya merupakan rumah penjajah itu telah diubah suai dilengkapi dengan restoran, kolam renang dan bilik senaman bersaiz kecil.

Suasana bandar di sana juga dipenuhi dengan orang ramai semasa perayaan-perayaan katolik, termasuklah semasa perarakan Holy Week antara Palm Sunday dan Easter.

Pantai

Guatemala hanya mempunyai sedikit pantai di Carribean. Namun di sebelah Pasifik, terdapat berbatu-batu pantai pasir hitam.

Satu daripada pantai terhampir dari Antigua adalah Monterrico. Bandar sunyi itu terletak 2.5 jam perjalanan dari Antigua.

Pantai itu dilengkapi dengan rumah-rumah, hotel bersaiz sederhana, hostel dan restoran. Hotel yang bernama Kafé Del Sol dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama dilengkapi dengan bangunan berdepanan pantai dengan bilik-bilik kecil, sebuah restoran dan bar.

Bahagian kedua yang lebih besar dilengkapi dengan bilik-bilik yang lebih besar dan dua kolam renang. Biliknya menampilkan reka bentuk yang ringkas, luas dan mempunyai penghawa dingin. Namun, pantainya lebih sesuai untuk perenang yang berpengalaman memandangkan keadaan airnya agak deras.

Taman Negara Tikal

Pelancong boleh memilih penerbangan selama 40 minit ke Taman Negara Tikal ataupun menyewa bas dari Bandar Guatemala dengan harga yang lebih murah, namun ia memakan masa lebih lama iaitu selama lapan jam.

Antigua ditubuhkan sebagai pusat penjajahan Sepanyol pada 1543. Tempat-tempat menarik di sana termasuklah bangunan penjajahan, gereja-gereja, pasar besar,  jalan batu-buntar, bangunan dengan cat berwarna-warni serta restoran tradisional dan mewah. - AP
Antigua ditubuhkan sebagai pusat penjajahan Sepanyol pada 1543. Tempat-tempat menarik di sana termasuklah bangunan penjajahan, gereja-gereja, pasar besar, jalan batu-buntar, bangunan dengan cat berwarna-warni serta restoran tradisional dan mewah. – AP
Bangunan di Antigua Guatemala di cat dengan warna yang terang dan berwarna-warni. - AP
Bangunan di Antigua Guatemala di cat dengan warna yang terang dan berwarna-warni. – AP

Pelancong ditawarkan lawatan secara berkumpulan dan lawatan persendirian. Lawatan persendirian tetap ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.

Tapak itu berada di dalam hutan, oleh itu pelancong haruslah membawa air minuman.

Guatemala juga merupakan zon nyamuk yang membawa virus zika. Justeru, penghalau serangga saja mungkin tidak dapat menghalau nyamuk sepenuhnya dan baju berlengan panjang adalah sangat digalakkan ketika berada di Tikal atau pantai di mana pelancong harus membuat langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Berikutan dengan kerja-kerja penggalian runtuhan bekas puak Mayan, Tikal menunjukkan kehebatan moyang-moyang penduduk Guatemala dengan terserlahnya bekas kuil-kuil tinggi, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah keluarga pemerintah.

Pemimpinnya pada masa itu memerintah dengan keganasan namun berjaya memastikan rakyatnya sentiasa mempunyai makanan yang mencukupi

Penghapusan hutan mungkin menyumbang kepada kemusnahan tamadun hebat itu yang disebabkan oleh pemimpin puak Mayan yang membakar hutan untuk membina kuil-kuil batu.

Taman pusat plaza diapit oleh dua kuil. Pelancong boleh memanjat tangga kayu di sana sehingga ke puncaknya. Satu berada di grand plaza dan satu lagi dipanggil kuil IV. Penggambaran “Star Wars: A New Hope” pernah dijalankan di lokasi tersebut yang dijadikan sebagai latar belakang planet Rebellion.

Dari pemandangan bahagian atas kuil, pelancong boleh melihat hutan yang seakan-akan mencecah ufuk.

Bahagian atas kuil kelihatan dari atas kanopi pokok-pokok yang menghijau. Kicauan burung jelas kedengaran. Matahari yang hampir terbenam memberi sedikit warna di langit yang tidak berawan. – AP