Keindahan Jepun menerusi seni lakuer, fotograf

Keindahan Jepun menerusi seni lakuer, fotograf

TOKYO, 14 Mac (Bernama) – Keio Plaza Hotel (KPH), salah satu hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada pameran khas bertajuk “Pameran Mengalami Gunung Fuji dan Bunga Sakura” yang memaparkan pelbagai lakuer, fotograf dan kesenian gambar kertas Jepun pada April ini.

Di samping itu, 11 buah restoran di hotel itu akan menyediakan para tetamu dengan hidangan yang disediakan khas yang menggambarkan tema ketibaan musim bunga melalui imej Gunung Fuji dan bunga sakura.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, satu pelan penginapan khas termasuk penginapan semalaman dan hidangan khas makan malam SAKURA yang menggabungkan makanan tradisional Jepun susyi, tempura dan shabu-shabu akan dihidangkan kepada pengunjung luar negara.

Kira-kira 30 barangan kesenian lakuer yang dipadankan dengan Gunung Fuji dan bunga sakura yang menggabungkan teknik lakuer dan bertatahkan emas, dan dibuat oleh artis lakuer yang menggayakan Wajima – Katsuhiko Urade dan Yuji Tomoda, dan 20 gambar Gunung Fuji dan bunga sakura dari koleksi Muzium Kesenian Kawaguchiko akan dipaparkan.

Di samping itu, 10 barang kesenian gambar kertas Jepun yang direka halus yang menggambarkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura juga akan dipaparkan.

Piring lakuer berhias yang bertajuk ‘Sakura dan Gunung Fuji’ oleh Yuji Tomoda.
Piring lakuer berhias yang bertajuk ‘Sakura dan Gunung Fuji’ oleh Yuji Tomoda.

Pameran itu adalah satu acara percuma yang dianjurkan di lobi yang dibuka kepada kesemua pengunjung.

Di samping itu, 11 buah restoran dan ruang istirahat di Keio Plaza Hotel termasuk restoran masakan Jepun, Perancis dan Itali, Cina dan Korea akan menyediakan menu-menu khas yang melambangkan ketibaan musim bunga dan mencerminkan tema Gunung Fuji dan bunga sakura.

Keio Plaza Hotel (KPH) telah menjadi tuan rumah bagi acara Gunung Fuji sejak ia didaftarkan sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia pada tahun 2013, dan makanan mereka telah mendapat sambutan baik daripada para tetamu pada setiap tahun.

Keio Plaza Hotel terletak di Shinjuku, yang juga merupakan titik permulaan bagi mereka yang membuat perjalanan untuk melawat Gunung Fuji dari Tokyo, dan kami menjadi tuan rumah kepada pelawat daripada lebih 100 buah negara yang berlainan.

Oleh yang demikian, hotel kami telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk memaklumkan kepada tetamu asing, yang merupakan lebih 70 peratus daripada jumlah kesemua tetamu, mengenai budaya, seni dan keindahan alam semula jadi Jepun termasuk Gunung Fuji, yang mempunyai pengaruh besar bagi semua aspek di Jepun, dan tema bunga sakura yang menceritakan tentang ketibaan musim bunga.

ARTIKEL YANG SAMA