Keino tekad tangani isu doping Kenya

Keino tekad tangani isu doping Kenya

NAIROBI, Kenya, 13 Nov (Agensi) – Ketika dunia fokus ke atas Rusia dan skandal pengambilan dadah di kalangan para atletnya, pelari Kip Keino bersedia bagi tumpuan untuk kembali ke Kenya.

Keino, juara dua kali Olimpik, sekarang mengetuai Jawatankuasa Olimpik Kenya. Dia berasa bimbang bahawa negaranya akan menghadapi pengharaman dari persaingan itu jika tidak membersihkan tindakannya.

“Banyak perkara yang masih teruk,” kata Keino mengenai usaha anti dadah negara tersebut. “Kami perlu mengambil tindakan sekarang atau kami tidak seharusnya mengalu-alukan sukan antarabangsa.”

Kenya mengungguli kutipan pingat pada kejuaraan dunia tahun ini di depan Jamaica dan Amerika Syarikat. Tetapi negara Afrika Timur, masih dominan dalam maraton, tidak mempunyai program anti dadah yang efektif tiga tahun selepas badan penyiaran Jerman, ARD, mendedahkan bahan-bahan terlarang dengan mudah diperoleh dan beberapa ujian dadah dijalankan.

Dua atlet Kenya juga gagal dalam ujian sasaran dadah pada kejohanan dunia di Beijing pada Ogos lalu, terbaru hampir 40 atlet Kenya diuji positif bagi bahan terlarang sejak 2012.

Keino baru-baru ini kembali dari mesyuarat bersama Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) dan memberi amaran bahawa negaranya — seperti ancaman ke atas Rusia — akan diketepikan daripada persaingan itu kerana penggunaan dadah di kalangan pelari-pelarinya yang bertaraf dunia. Jurucakap WADA, Ben Nichols berkata dalam kenyataan menerusi e-mel bahawa laporan terhadap penggantungan adalah “tidak tepat,” tetapi “masih terdapat banyak tugasan diperlukan untuk membawa program anti dadah mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA