Keitany pertahan kejuaraan Maraton NY

Keitany pertahan kejuaraan Maraton NY

NEW YORK, 17 Sept (Agensi) – Mary Keitany dari Kenya akan mempertahankan kejuaraannya pada Maraton New York pada November depan.

Pemegang pingat perak 10,000m Olimpik Sally Kipyego juga merancang untuk bertanding bagi kali pertama dalam perlumbaan maraton berkenaan.

Penganjur New York Road Runners berkata semalam pesaing bagi kategori wanita juga termasuk pemegang pingat perak kejohanan dunia Helah Kiprop, juara Maraton Boston, Caroline Rotichpemenang Maraton London, Tigist Tufa, juara Maraton NYC 2013, Priscah Jeptoo, dan Buzunesh Deba, pemenang kedua sebanyak dua kali di New York yang kini menetap di Bronx.

Maraton New York tahun ini akan berlangsung pada 1 November depan.