Kejatuhan Hanjin tidak bersendirian

Kejatuhan Hanjin tidak bersendirian

SINGAPURA, 4 Sept – Masalah yang menenggelamkan firma Korea Selatan Hanjin Shipping pada minggu ini mungkin sebahagian kecil daripada yang sebenarnya, kata penganalisis, dengan kemelesetan ekonomi global berlarutan telah mengakibatkan industri lemas dalam kapasiti berlebihan.

Dengan pertumbuhan tidak berganjak dan permintaan pengguna masih lemah, syarikat pengangkutan dunia mempunyai lebih banyak kapal berbanding yang dapat diisi oleh mereka – satu perempat daripada ruang kargo masih kosong. Ia telah membawa kepada pengurangan harga dan persaingan sembelih,menjejas teruk keuntungan syarikat perkapalan.

Masalah tersebut timbul pada minggu ini apabila Hanjin, firma perkapalan ketujuh terbesar di dunia memfail kemuflisan di Seoul, berusaha mendapatkan perlindungan mahkamah selepas pemiutang menolak pelan terbarunya untuk menghadapi dan mengatasi hutang berjumlah AS$5.37 billion.

Satu pertiga daripada armadanya sama ada terkandas di pelabuhan atau gagal berlabuh, dengan pihak berkuasa pelabuhan risau syarikat tidak dapat membayar bilnya.

Kontena firma Korea Selatan Hanjin Shipping dapat dilihat dari Pelabuhan Long Beach, California, Khamis lalu. - AP
Kontena firma Korea Selatan Hanjin Shipping dapat dilihat dari Pelabuhan Long Beach, California, Khamis lalu. – AP

Penganalisis berkata pengurusan aliran tunai Hanjin mempunyai masalah, namun mengingatkan syarikat perkapalan di seluruh dunia mudah terdedah kepada keadaan bekalan berlebihan yang sama dan jumlah perniagaan yang rendah.

Hampir 80 peratus daripada barangan dan komoditi yang diniagakan di seluruh dunia dihantar melalui laut.

Industri itu telah melambung apabila pengeluaran dan ekonomi China yang banyak bergantung pada eksport berkembang pesat dalam beberapa dekad ini, memindah 9.6 bilion tan kargo pada tahun 2008, menurut Richard Clayton, penganalisis laut dan perdagangan di firma pakar runding perniagaan global IHS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA