Kejayaan anak tempatan dalam bidang perniagaan

Kejayaan anak tempatan dalam bidang perniagaan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Siti Nur Wasimah S

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Informasi dan Komunikasi di Institut Teknologi Brunei (ITB), Anna Noor, 27, melangkah setapak lagi dengan membuka satu lagi cawangan Bokitta Hijab Brunei di The Mall Gadong, baru-baru ini. Majlis pelancaran cawangan Bokitta di The Mall Gadong tersebut dirasmikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Anna Noor yang ditemui pada majlis itu memberi kata-kata semangat kepada belia yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan supaya jangan putus asa dalam berhadapan dengan cabaran kerana kesusahan itu tidak akan selamanya susah.

Katanya lagi, “dengan adanya cawangan baru ini ia akan dapat memberi keselesaan kepada kaum hawa terutama kepada penggemar jenama tudung Bokitta untuk mendapatkan dengan lebih mudah dan selesa”.

Beliau yang mengambil langkah berani untuk membuka lagi satu cawangan Bokitta di daerah ini walaupun pada masa ini keadaan ekonomi sedikit perlahan tapi menurutnya dengan sentiasa bertawakal dan percaya segala rezeki datangnya dari Allah.

Sebagai anak tempatan, keadaan ekonomi yang sedikit perlahan tidak mematahkan semangat untuk terus maju dan percaya terhadap produk yang dipasarkan.

Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, semasa meyempurnakan perasmian cawangan Bokitta Hijab Brunei di The Mall, Gadong, baru-baru ini.
Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, semasa meyempurnakan perasmian cawangan Bokitta Hijab Brunei di The Mall, Gadong, baru-baru ini.
Antara produk yang dipamerkan di kedai tersebut
Antara produk yang dipamerkan di kedai tersebut

Sekiranya berhadapan dengan masalah, jelasnya, beliau akan terus fokus kepada visi untuk terus maju dan berhenti memikirkan masalah yang negatif.

Beliau mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan hijab pada Mac 2014 dengan dikenali sebagai bokittahijabbrunei yang sentiasa mendapat perhatian pelanggannya, lebih-lebih lagi penggemar tudung jenama Bokitta dari Lebanon.

Walaupun memahami pada masa ini di Negara Brunei, pelbagai jenis dan jenama tudung berada di pasaran tapi berkat dengan usaha gigih dan semangat untuk sama-sama berkongsi keistimewaan berhijab masih mampu mengekalkan bokittahijabbrunei bersaing dengan peniaga tudung yang lain untuk wanita Islam di negara ini.

Setakat ini, beliau belum membuat perancangan untuk menghasilkan produk tudung sendiri tapi hanya memberi tumpuan kepada jenama tudung Bokitta.

ARTIKEL YANG SAMA