Kejayaan Copa gilap imej Chile

Kejayaan Copa gilap imej Chile

SANTIAGO, 6 Julai (Reuters) – Kejohanan bola sepak yang teratur di mana sebahagian besar stadium disiapkan mengikut jadual dan peminat yang berkelakuan baik telah berjaya mengilap imej Chile selepas sebagai negara Amerika Latin yang tidak kurang kemampuannya.

Pemain mereka di padang juga menjulang trofi dengan pendekatan yang baik. Dengan 12 negara yang mengambil bahagian, menganjurkan kejohanan Amerika Selatan walaupun bukan pada skala Piala Dunia, tetapi kesulitan logistik adalah sesuatu yang perlu ditangani di sebuah rantau di mana samseng berleluasa.

Tetapi Chile menampakkan kelainan dalam penganjuran kejohanan di rantau ini memandangkan Brazil ada sedikit masalah apabila bantahan melanda beberapa bandar tuan rumah Piala Dunia 2014 seperti juga Piala Negara-Negara Afrika awal tahun ini.

Usahasama dengan negara-negara yang bersaing telah dibuat untuk mengelakkan kekacauan ternyata berhasil tanpa sebarang laporan keganasan besar – sekurang-kurangnya di luar padang memandangkan pemain Chile selalunya tidak berkelakuan baik.

Pertahanan Chile Gonzalo Jara yang bersikap kurang ajar terhadap Edinson Cavany dari Uruguay menyebabkan beliau menerima pengharaman dua perlawanan dan mencetuskan kecaman di Internet, manakala Arturo Vidal pula terlibat dalam kemalangan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kempen anti-diskriminasi yang meminta penyokong agar tidak mengejek lagu kebangsaan lawan kebanyakannya dihormati walaupun ketika pertemuan antara Chile, Peru dan Bolivia dicemari pertikaian sempadan yang agak hebat.

ARTIKEL YANG SAMA