Kejayaan Juve cetus reaksi bercampur baur

Kejayaan Juve cetus reaksi bercampur baur

MILAN, 26 April – Legenda-legenda kelab, Alessandro Del Piero dan Dino Zoff memuji Juventus selepas gergasi Turin itu berjaya menyamai rekod gelaran Serie A kelima berturut-turut semalam, bagaimanapun, bekas legenda Napoli, Diego Maradona tidak merasa gembira.

Juventus yang mengikuti jejak kejayaan 1935 mereka apabila gergasi Turin itu memenangi gelaran kelima berturut-turut buat kali pertama, mencatatkan kelebihan 12 mata di depan Napoli dengan kemenangan 2-1 di Fiorentina Ahad lalu.

Napoli perlu menewaskan Roma semalam untuk mengekalkan harapan tipis memenangi scudetto pertama sejak 1990 ketika Maradona masih beraksi di San Paolo.

Tetapi pasukan Maurizio Sarri itu dikejutkan apabila Radja Nainggolan menjaringkan gol kemenangan minit ke-89 bagi Roma di ibu negara untuk menyerahkan gelaran kepada Old Lady of Turin.

Del Piero, yang masih memegang rekod jumlah jaringan terbesar (290) dan kemunculan (705) bagi kelab, menghantar mesej dalam Twitter yang berbunyi: “Anda sebahagian dari sejarah. Ini adalah Juventus. Tahniah pasukan!!!”

Kenyataan Juventus mendapatkan kelebihan daripada keputusan pengadil masih wujud di Itali, dan kemenangan 2-1 mereka di Florence melakukan sedikit untuk menafikannya.

Pengadil perlawanan Paolo Tagliavento menyatakan jaringan sah penyerang Fiorentina, Federico Bernardeschi, mencetuskan kemarahan Maradona semalam.

“Jaringan Fiorentina adalah skandal,” bekas pemain Argentina itu memberitahu program Casa Napoli.

“Saya menonton perlawanan dalam televisyen dan jaringan Fiorentina dibatalkan kerana mereka beraksi menentang Juventus.

“Juventus memiliki pemain hebat dalam persekutuan (bola sepak) Itali dan dalam badan pengadilan, tetapi ia bukan perkara baru.” – AFP