Kejayaan lalu dorong Stenson terus maju

Kejayaan lalu dorong Stenson terus maju

SPRINGFIELD, AS, 29 Julai – Henrik Stenson dari Sweden membawa momentum dari kejayaan Terbuka British dua minggu lalu ke dalam Kejohanan PGA, dengan menghasilkan tiga bawah par 67 untuk berkongsi tangga kelima di Baltusrol.

Hanya selepas 11 hari menjulang kejayaan Claret Jug di Royal Troon dengan mengetepikan Phil Mickelson, pemain itu, 40, mencatatkan tiga birdie dari tujuh lubang terakhir untuk berada dua di belakang pendahulu dari AS, Jimmy Walker selepas pusingan pertama.

‘Seminggu diantara persaingan di sini mungkin berpotensi memberikan yang terbaik, tetapi ia mungkin perkara yang buruk. Ia selalu sukar untuk dinyatakan,’ kata Stenson.

‘Lebih banyak masa menjadikannya mudah untuk bertenaga, tetapi pada masa yang saya merasakan saya boleh membawa momentum yang saya miliki pada Kejohanan Terbuka, dan saya rasa persembahan permulaan tidak terlalu jauh apabila kami memulakan pukulan lagi.”

Aksi Stenson selepas melakukan pukulan tee keenam pada pusingan pertama PGA Championship 2016 di Kelab Golf Baltusrol semalam. - AFP
Aksi Stenson selepas melakukan pukulan tee keenam pada pusingan pertama PGA Championship 2016 di Kelab Golf Baltusrol semalam. – AFP

Di Troon, Stenson menjadi pemain kedua untuk menyudahkan kejohanan utama pada 20 bawah par, menyamai rekod yang dicatatkan oleh pemain rangking teratas, Jason Day dari Australia pada Kejohanan PGA tahun lepas.

“Tahap keyakinan adalah bagus. Ia selalu lebih baik, tetapi saya rasa, saya begitu jelas apa yang perlu saya lakukan dengan permainan saya, pukulan saya dan segalanya,’ kata Stenson.

‘Cabaran minggu ini adalah untuk kembali di sana secara mental dan focus dan diantara satu atau dua kedudukan, saya rasa saya tercicir dan mungkin menerima akibat.”

Stenson memetik putt par pendek yang terlepas pada lubang kesembilan.

“Tetapi saya rasa perkara paling peting adalah apa yang anda lakukan selepas itu, dan saya merasakan saya suka memberikan diri saya sedikit kedudukan selepas terlepas,” kata Stenson.

‘Saya lebih baik melakukan kedudukan saya berbanding pukulan dari sana.”

Stenson menghasilkan 30 birdie dalam lima pusingan sebelumnya. Dia memiliki lima pusingan berturut-turut dalam 60 dan 29 pada keseluruhannya tahun ini. – AFP