Kejayaan manis Boubakri

Kejayaan manis Boubakri

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Ines Boubakri yang memenangi pingat pertama bagi wanita Afrika di Olimpik dalam sukan lawan pedang semalam, memberi dedikasi pingat gangsa yang dimenanginya kepada “wanita Tunisia, wanita Arab…yang mempunyai tempat dalam masyarakat”.

Boubakri menewaskan atlet Rusia, Aida Shanaeva dalam acara foil individu bagi memenangi tempat ketiga.

“Pingat ini, bersejarah bagi Tunisia. Ia sukar dipercayai,” kata atlet berumur 27 tahun itu.

“Saya berharap kejayaan ini akan memberi mesej kepada semua rakyat Tunisia, terutama sekali remaja, semua wanita Tunisia, wanita Arab.

pg23_160812_olympic logo

Reaksi Ines Boubakri Tunisia selepas memenangi gangsa dalam foil individu wanita dengan mengalahkan Inna Deriglazova di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. – AP
Reaksi Ines Boubakri Tunisia selepas memenangi gangsa dalam foil individu wanita dengan mengalahkan Inna Deriglazova di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. – AP

“Mesej ini turut mengatakan yang anda perlu yakin kewujudan wanita dan mereka turut mempunyai tempat dalam masyarakat.”

Kejayaan itu lebih manis bagi Boubakri yang tewas kepada Shanaeva di kejohanan dunia di Moscow tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA