Kejohanan Badminton Alumni CHMS bermula

Kejohanan Badminton Alumni CHMS bermula

Oleh Pengiran Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Sebanyak sembilan pasukan bertanding dalam Kejohanan Badminton Alumni CHMS 2015 kali pertama yang bermula hari ini dan berlangsung di Dewan Serbaguna, Centrepoint Hotel, Gadong.

Majlis pembukaan rasmi kejohanan itu disempurnakan oleh para penaja kejohanan tersebut.

Ia terdiri daripada Kingston & Beverage Creamery Sdn Bhd, GHK Sdn Bhd, Sin Hiap Hin Auto Parts Supply Co., New Temburong Quarry Sdn Bhd, Pahatyc Sdn Bhd, Syarikat LSK, Citis Square, De Sunlit Sdn Bhd dan Aewon Sdn Bhd.

Sesi bergambar ramai sempena Kejohanan Badminton Alumni CHMS 2015.
Sesi bergambar ramai sempena Kejohanan Badminton Alumni CHMS 2015.
Awang Peng Tian Khoo memukul buku tangkis sebagai menandakan pelancaran kejohanan.
Awang Peng Tian Khoo memukul buku tangkis sebagai menandakan pelancaran kejohanan.

Perasmian kejohanan itu menyaksikan Awang Peng Tian Khoo selaku salah seorang penaja secara simboliknya memukul bulu tangkis sebagai permulaan perlawanan.

Kejohanan tersebut akan berlangsung sehingga 15 September nanti.

ARTIKEL YANG SAMA