Kejohanan badminton KHEDN bermula

Kejohanan badminton KHEDN bermula

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) hari ini berdepan Pasukan Jabatan Buruh dalam perlawanan pembukaan Perlawanan Bulu Tangkis Berpasukan Di Antara Jabatan-jabatan Di Bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tahun 2016.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap KHEDN, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam yang turut merasmikan kejohanan yang berlangsung sehingga 16 Mac itu nanti.

Perlawanan akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu di sepanjang Februari dan Mac ini menampilkan 23 perlawanan bagi dua kumpulan yang terdiri dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Jabatan Daerah Kuala Belait dan Seria di dalam Kumpulan A.

Sementara itu cabaran di dalam Kumpulan B menampilkan pasukan Jabatan Penjara, KHEDN, Jabatan Daerah Temburong, Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Buruh.

Antara aksi di perlawanan pembukaan Perlawanan Bulu Tangkis Berpasukan Di Antara Jabatan-jabatan Di Bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tahun 2016.
Antara aksi di perlawanan pembukaan Perlawanan Bulu Tangkis Berpasukan Di Antara Jabatan-jabatan Di Bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tahun 2016.

Pada minggu pertama ini, esok akan berlangsung perlawanan di antara Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan yang akan berdepan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara menentang KHEDN dalam saingan Kumpulan B.

Pada hari Rabu pula akan berlangsung dua lagi perlawanan antara Jabatan Imigresen dan

Pendaftaran Kebangsaan menentang Jabatan Daerah Brunei dan Muara bagi saingan Kumpulan A, sementara dalam Kumpulan B akan menyaksikan perlawanan antara Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Daerah Tutong.