Kejohanan Badminton Sempena Hari Guru ke-26

Kejohanan Badminton Sempena Hari Guru ke-26

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Pasukan Gabungan Sekolah-Sekolah Ugama dan Guru-Guru Ugama Kementerian Pendidikan (Bahagian Lelaki) dan Pasukan Gabungan Jabatan Pembangunan Ko-Kurikulum dan Sekolah Sukan (bahagian perempuan) tampil juara di dalam Kejohanan Badminton ‘Terima Kasih Cikgu’ yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Guru ke-26 tahun 2016 di Dewan Serba Guna Sekolah Sukan, Berakas.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Dalam perlawanan akhir tersebut, Pasukan Gabungan Sekolah-Sekolah Ugama dan Guru-Guru Ugama Kementerian Pendidikan berjaya menewaskan Pasukan Gabungan Jabatan Pembangunan Ko-Kurikulum dan Sekolah Sukan dengan mata 3–0.

Gambar ramai bersama Menteri Pendidikan selepas tamat perlawanan.
Gambar ramai bersama Menteri Pendidikan selepas tamat perlawanan.

Sementara itu bagi Bahagian Perempuan pula, Pasukan Gabungan Jabatan Pembangunan Ko-Kurikulum dan Sekolah Sukan menumpaskan pasukan Swasta A dengan kutipan mata 2–1.

Tampil di tempat ketiga Bahagian Lelaki ialah Pasukan Gabungan Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei yang menebus kekalahan di peringkat separuh akhir dengan membenam harapan Pasukan Gabungan JPPP/JPK/Bahagian Biasiswa dengan mata 1–3.

Manakala dalam Bahagian Wanita pula, Pasukan Kluster 5 tewas ke atas Pasukan Kluster 1 dengan mata 2-1 pada penentuan tempat ketiga dan keempat di peringkat separuh akhir.

ARTIKEL YANG SAMA