Kejohanan Bola Jaring bermula 6 Mei

Kejohanan Bola Jaring bermula 6 Mei

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Sebanyak 17 buah pasukan yang mewakili syarikat masing-masing akan berentap dalam Kejohanan Bola Jaring Sukan Ria Antara Syarikat Sports Fest 2016 yang akan diadakan di Kompleks Jabatan Kerja Raya pada 6 Mei ini.

Antara syarikat yang akan menyertainya ialah BT Forwarding Company, Darussalam Assets Sdn Bhd, Aegis Secure Solutions Sdn Bhd, Kumpulan Bank Baiduri, DST, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, CIBFM / AMBD, Jerudong Park Medical Cenrtre, Bank Standard Chartered, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, KPMG Brunei, Telekom Brunei Berhad (TelBru), Royal Brunei Catering, Royal Brunei Airlines, Par Makanan dan Minuman Sdn Bhd, dan QAF (B) Sdn Bhd.

Acara sukan tahunan yang berjalan selama sebulan ini juga menampilkan acara-acara seperti Larian Sukan Ria, Kejohanan Bola Keranjang, Futsal, Badminton dan Boling. Kejohanan tahunan ini dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja dengan kerjasama D’Sunlit Sdn Bhd sebagai pengurus acara, di mana ia dibukakan kepada semua syarikat swasta yang bertujuan untuk menghargai usaha dan sumbangan kakitangan syarikat di negara ini .

Pihak penganjur juga berharap acara itu akan membantu majikan dan pekerja untuk memupuk hubungan yang lebih rapat dengan mengambil bahagian dalam acara-acara sukan yang berbeza.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sukan Ria Antara Syarikat dan juga untuk mendapatkan jadual terbaru pelbagai acara sukan, orang ramai bolehlah melayari laman web rasmi acara itu di www.sukanriabrunei.com atau hubungi pejabat D’Sunlit di talian 2453666.

Untuk mengetahui sebarang pengemaskinian sila ikuti laman Facebook D’Sunlit Sdn Bhd dan Instagram @dsunlit dan @sukanriabrunei.