Kejohanan bola keranjang bermula

Kejohanan bola keranjang bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Kejohanan Bola Keranjang NBT Sukan Ria Antara Syarikat 2016 sudah pun bermula dengan 18 pasukan bertanding untuk merebut gelaran juara, piala pusingan, pingat dan wang tunai sebanyak $4,500 untuk dimenangi.

Dua perlawanan akan bermula selepas Majlis Perasmian pada 17 April, jam 9 pagi di Gelanggang Tertutup Bola Keranjang Batu Bersurat. Kejohanan akan berlangsung selama sebulan dan final akan dilangsungkan pada hari penutup kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.

Gelanggang Tertutup Bola Keranjang Batu Bersurat dibuka kepada orang ramai dengan kemasukan percuma. Jadual perlawanan dipaparkan di venue perlawanan dan di laman sesawang rasmi kejohanan di www.sukanriabrunei.com. Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka.

Salah satu aksi dalam Kejohanan Bola Keranjang NBT Sukan Ria Antara Syarikat Antara Syarikat 2016 yang sudah pun bermula. Orang ramai dialu-alukan untuk memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka di Gelanggang Tertutup Bola Keranjang Batu Bersurat.