Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Brunei 26 Sept ini

Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Brunei 26 Sept ini

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Sebanyak 14 pasukan bakal memulakan pertarungan untuk merebut gelaran juara dalam Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Brunei 2015 yang akan bermula pada 26 September di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, Seria.

Kejohanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69.

Pasukan-pasukan yang bakal beraksi dalam kejohanan berkenaan ialah Goh Hock Kee Mpter, DMD Enterprise, DMD Toys & Gifts, MEAC, Chicken King, Rotary Sdn Bhd, Toppy Saloon, Fuylo Home Enterprise, LAKAY, Mighty Hawks, Sunny Bee Bake Shop & Cafe, Mila Omar E.A, Hapee Loell’s Fighters dan Fazrul Sdn Bhd.

Kejohanan dihasratkan selain untuk memberikan peluang bagi para pemain bola keranjang untuk meningkatkan kemahiran dalam sukan berkenaan juga diharap akan dapat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui kegiatan sukan dan riadah.

ARTIKEL YANG SAMA