Kejohanan bola sepak Jabatan Penjara

Kejohanan bola sepak Jabatan Penjara

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Pasukan Institusi Ibu Pejabat muncul johan dalam perlawanan akhir Bola Sepak Antara Institusi-institusi Jabatan Penjara 2015 setelah menewaskan pasukan dari Institusi Penjara Jerudong dengan sepakan penalti 4-3 setelah seri 0-0 pada masa sebenar yang diadakan di Padang Bola sepak, Kompleks Sukan Tutong.

Kejohanan yang merupakan acara tahunan Jabatan Penjara itu disertai oleh tiga pasukan iaitu Institusi Penjara Jerudong, Institusi Penjara Maraburong dan Institusi Ibu Pejabat.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat.

Turut hadir ialah ketua-ketua pengurusan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.

Juara kejohanan dari Institusi Ibu Pejabat Jabatan Penjara.
Juara kejohanan dari Institusi Ibu Pejabat Jabatan Penjara.