Kejohanan bola sepak Sekolah Sukan 6 Sept ini

Kejohanan bola sepak Sekolah Sukan 6 Sept ini

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Sekolah Sukan akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 4-Penjuru 2015 bermula 6 hingga 29 September 2015 ini di padang sekolah berkenaan.

Empat pasukan yang akan menyertai kejohanan itu nanti ialah DPMM FC U-19 (Bawah 19 Tahun), Akademi Bola Sepak Sekolah Sukan Brunei, Politeknik Brunei dan tuan rumah kejohanan, Sekolah Sukan.

Sehubungan dengan itu mesyuarat para pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengetua Sekolah Sukan, Mohd Nurilham bin Haji Jais yang juga pengerusi kejohanan, telah diadakan di Sekolah Sukan, hari ini.

Para pengurus pasukan Kejohanan Bola Sepak 4-Penjuru 2015 anjuran Sekolah Sukan bergambar bersama Mohd Nurilham (empat kiri).
Para pengurus pasukan Kejohanan Bola Sepak 4-Penjuru 2015 anjuran Sekolah Sukan bergambar bersama Mohd Nurilham (empat kiri).

Kejohanan bola sepak 11 orang sepasukan itu akan membuka tirainya Ahad ini dengan dua perlawanan.

Perlawanan pertama akan bermula jam 2:45 petang yang mempertemukan Politeknik Brunei dengan Sekolah Sukan. Manakala DPMM FC U-19 akan memulakan aksinya dengan menentang Akademi Bola Sepak Sekolah Sukan Brunei pada perlawanan kedua, jam 4:15 petang, di hari yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA