Kejohanan Bola Sepak sempena Hari Guru ke-26

Kejohanan Bola Sepak sempena Hari Guru ke-26

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – 21 buah pasukan akan berentap di dalam Kejohanan Bola Sepak Tujuh Orang Sepasukan Kali Ke-5 sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-26 tahun 2016.

Sehubungan dengan itu satu majlis cabutan undian telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam, Blok B, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak baru-baru ini bagi mengemaskinikan kumpulan yang terlibat didalm kejohanan itu kali ini.

Dua pasukan teratas daripada 21 buah pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir dan peringkat akhir yang akan diadakan pada 25 September 2016.

Kesemua perlawanan akan dilangsungkan di Padang Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak.

Pasukan-pasukan yang terlibat terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan warga Kementerian Pendidikan dari jabatan-jabatan, bahagian-bahagian dan pengajian tinggi serta pasukan jemputan iaitu pasukan Jabatan Pengajian Islam.

Menurut penganjur antara tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi aktiviti di sepanjang kalendar aktiviti Jabatan, sekaligus merealisasikan impian kerajaan dalam menjayakan program sihat dan cergas khusus untuk warga Kementerian Pendidikan dan pasukan-pasukan jemputan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ia turut menjadi wadah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan kerjasama di antara pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kejohanan itu turut menjadi platform bagi mencungkil bakat-bakat baru serta memilih pemain-pemain untuk diserapkan bagi mewakili Kementerian Pendidikan ke Kejohanan Antara Kementerian-Kementerian Negara Brunei Darussalam sedikti masa lagi.