Kejohanan Bola Sepak Veteran kian rancak

Kejohanan Bola Sepak Veteran kian rancak

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Sebanyak tujuh perlawanan berlangsung minggu ini dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Kebangsaan DST 2016 – Piala Presiden yang berlangsung pada Jumaat lepas dan hari ini.

Pada petang Jumaat lalu, Pasukan Media FC tewas kepada Pasukan Pondok 12 di Kompleks Sukan Sungai Kebun dengan jaringan 2-1 dan di Kompleks Sukan Menglait pula menyaksikan NJP J4F FT menewaskan Pasukan B.I.P FT dengan jaringan 5-2.

Sementara itu, lima lagi perlawanan berlangsung hari ini antaranya menyaksikan Pasukan Oldstar membelasah Rimba Star dengan jaringan 6-1 yang dijaringkan oleh Tobby Kroon (Hatrik), Yugi Fhiond dua gol dan Ismail Yaucha, sementara gol sagu hati Rimba Star dijaringkan oleh Haji Momin Haji Mohd Jaafar.

Pasukan Manggis FT pula terikat 1-1 dengan Pasukan RB Veteran, Setia Bakti tewas 2-4 di tangan TJ FT, Sateria Veteran juga tewas 1-4 di tangan Muara Spurs dan Kilugus FC menang ke atas Pasukan I.V. FT dengan jaringan 3-2.