Kejohanan Bolasepak 7 sepasukan giat dijalankan

Kejohanan Bolasepak 7 sepasukan giat dijalankan

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Kejohanan Bolasepak Tujuh Orang Sepasukan antara Bahagian Tahun 2015/2016 Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan, Kementerian Pendidikan yang bermula pada 1 Feb lalu semakin rancak diadakan.

Dalam perlawanan terkini antara Bahagian Pentadbiran Pengarah (AU) dengan Bahagian Kenderaan (AT) yang telah berlangsung di padang Sekolah Rendah (SR) Orang Kaya Setia Bakti, Kilanas, dan keputusannya AT telah berjaya mengalahkan AU dengan jaringan 4-1.

Kejohanan akan diteruskan lagi pada hari Sabtu, 27 Februari ini dengan perlawanan di antara gabungan DA, HSSE, DAH & AD (Pejabat Pengarah) dengan AK (Bahagian Penghapusan), yang akan mengambil tempat di padang SR Pulaie, bermula pukul 5:00 petang.

Kejohanan yang disertai sejumlah tujuh buah pasukan itu dijalankan dalam format ‘Liga Satu Pusingan’ (Round Robin), dengan perlawanan terakhirnya iaitu perlawanan ke-21 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mac nanti.

Gambar ramai Pasukan AU (kuning) dan AT (merah) sebelum perlawanan tersebut diadakan.
Gambar ramai Pasukan AU (kuning) dan AT (merah) sebelum perlawanan tersebut diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA