Kejohanan boling eratkan hubungan kekeluargaan

Kejohanan boling eratkan hubungan kekeluargaan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Kesempatan hari hujung minggu sebelum penggal pertama persekolahan bermula esok ini turut diambil oleh Keluarga Allahyarham Haji Abdul Rani bin Lampoh yang mengadakan perkumpulan keluarga dengan menganjurkan kejohanan boling di Megastrike, The Airport Mall.

Ia bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan anak-anak, cucu dan cicit Allahyarham Haji Abdul Rani dan Allahyarham Dayang Intan.

Kejohanan keluarga ini telah dibahagikan kepada lapan kumpulan keluarga iaitu Kumpulan Rani, Kumpulan Intan, Kumpulan Lampoh, Kumpulan Bendahari Ibrahim, Kumpulan Said, Kumpulan Tiamah, Kumpulan Khatijah dan Kumpulan Dollah.

Gambar ramai semasa kejohanan boling keluarga Allahyarham Haji Abdul Rani bin Lampoh di Megastrike, The Airport Mall, kelmarin.
Gambar ramai semasa kejohanan boling keluarga Allahyarham Haji Abdul Rani bin Lampoh di Megastrike, The Airport Mall, kelmarin.

Muncul juara ialah Kumpulan Tiamah dengan hadiah-hadiah disumbangkan oleh anak-anak Allahyarham Haji Abdul Rani iaitu Haji Mahbub, Haji Abang, Haji Ahmad dan Hajah Tiamah.

Menurut salah seorang ahli keluarga itu, perhimpunan ini dihasratkan akan dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang dalam sama-sama mengeratkan silaturahim kekeluargaan dan menikmati kegembiraan dan keceriaan berkeluarga hingga ke jannah.

Di samping kejohanan ini, mereka juga telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat pada 31 Disember 2015 lalu.

ARTIKEL YANG SAMA