Kejohanan dart di Labuan

Kejohanan dart di Labuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Sebanyak 43 pasukan telah menyertai Kejohanan Dart Antarabangsa pertama anjuran Persatuan Dart Wilayah Persekutuan Labuan di Hotel Billion Waterfront, Labuan dari 5 hingga 7 Jun lalu.

Acara berpasukan telah dimenangi oleh Royal Dart (Sabah & Filipina) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah piala dan pingat.

Brunei KDKK muncul sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai RM6,000 beserta pingat.

Bagi acara Berpasukan Second Chance, Kg Ayer The Shield 5 muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,000, sebuah piala dan pingat dan

Brunei KBT Waqi Awesome membawa pulang RM500 dengan medal selepas muncul naib juara.

Peserta kejohanan dart di Labuan bergambar bersama piala dan pingat masing-masing.
Peserta kejohanan dart di Labuan bergambar bersama piala dan pingat masing-masing.

Untuk acara Perseorangan Lelaki, Pg Mohamed bin Pg Haji Matarsad dan Haji Zuraini bin Md Yassin dari Brunei membawa pulang RM3,500, sebuah piala dan pingat setelah berjaya muncul juara.

Suzilinah binti Suali dari Labuan yang muncul sebagai juara Perseorangan Wanita membawa pulang RM1,500, sebuah piala dan pingat dengan Monica dari Sabah membawa pulang RM800 beserta piala setelah muncul naib juara.

Bagi acara Perseorangan Bawah 17 tahun, Md Saiful dari Limbang membawa pulang RM500, sebuah piala dan pingat setelah muncul juara dan Muqris bin Delima dari Brunei yang muncul naib juara membawa pulang RM200 dan pingat.

Para penerima Pingat Pemain Lama untuk kejohanan pertama ini ialah Pg Mohamed Pg Haji Matarsad dari Brunei, David dari Sabah dan Elbert dari Wilayah Persekutuan Labuan.