Kejohanan Futsal Kate’s Catering bulan depan

Kejohanan Futsal Kate’s Catering bulan depan

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 8 Sept – Pertubuhan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB) bersama Kelab Rekreasi Liang Lumut bakal menganjurkan Kejohanan Futsal Kate’s Catering pada 18 Oktober hingga 8 November depan bertempat di Gelanggang Futsal Kelab Rekreasi Liang Lumut, Mukim Liang.

Kejohanan tersebut dibuka penyertaannya kepada pasukan-pasukan, kelab-kelab bola sepak dan futsal, jabatan-jabatan kerajaan, Institusi mukim-mukim, kampung-kampung, maktab-maktab, sekolah-sekolah menengah, persatuan-persatuan belia dan syarikat-syarikat swasta di seluruh negara.

Penyertaan hanya akan dibuka kepada 32 buah pasukan dan pasukan yang terlebih dahulu menghantar borang disertakan dengan wang penyertaan berjumlah $200.00 akan diberikan keutamaan jika jumlah penyertaan telah mencukupi.

Borang-borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan berserta dengan wang tunai penyertaan sejumlah $200.00 kepada Awang Johari bin Kassim di Kelab Rekreasi Liang Lumut tidak lewat pada hari Rabu 30 September 2015 jam 3:00 petang.

Kejohanan Futsal Kate’s Catering yang akan berlangsung bulan depan.
Kejohanan Futsal Kate’s Catering yang akan berlangsung bulan depan.

Borang-borang penyertaan boleh didapati daripada Setiausaha Agung PBDB, Awang Morni bin Haji Zakaria, di talian 8721441, Setiausaha Teknikal PBDB, Awang Mohd Husaini bin Haji Ibrahim, di talian 8825803 dan Awang Johari bin Kassim di talian 8819476 atau boleh didapati di laman sesawang PBDB di alamat www.P-B-D-B Weebly.com.

Juara kejohanan itu akan menerima hadiah wang tunai $1,000.00 berserta piala dan 15 pingat emas, manakala naib johan akan membawa pulang hadiah sejumlah $800.00 berserta piala dan 15 pingat perak, di tempat ketiga wang tunai sejumlah $500.00 berserta piala dan 15 pingat gangsa dan di tempat keempat menerima hadiah $300.00 berserta piala dan 15 pingat gangsa.

ARTIKEL YANG SAMA