Kejohanan Futsal Njoy Raya

Kejohanan Futsal Njoy Raya

Terunjynga (gambar) mengungguli Kejohanan Futsal Njoy Raya 2015 apabila membenam semua lawan dalam laluan untuk merangkul pingat emas dan hadiah wang tunai $300. Lawannya pada final, Fussball FT terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan hadiah wang tunai $200 apabila tewas 0-3 kepada Terunjynga. Terunjynga menakluki Kumpulan C sebelum menewaskan Maulana 1-0 pada peringkat suku akhir dan kemudiannya menundukkan Iklam FT pada peringkat separuh akhir dengan jaringan 2-0. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai kejohanan sehari suntuk Ahad lalu yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak meneruskan persaingan. – Hasrulraizan

pg20_150819_c