Kejohanan futsal satukan penduduk Kg Salambigar

Kejohanan futsal satukan penduduk Kg Salambigar

Oleh Mohammad Abdullah

 

BANDAR SERI BEGAWAN 11 Jun – Pasukan Gumingsa berjaya muncul johan Kejohanan Futsal Salambigar 2015 anjuran Gabungan Generasi Salambigar, tempat kedua jatuh kepada Pasukan Bukit Karamunting dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Bukit Mumin.

Haji Gharif Datu Seri Laila bin Haji Samat merupakan tetamu kehormat dan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan yang disertai 80 peserta di Meteora Futsal Arena Kampong Kapok.

Pengerusi majlis, Haji Muhsin bin Haji Ahmad mengatakan perancangan untuk mengungkayahkan perlawanan futsal ini adalah cetusan ilham dari perbincangan tidak rasmi penduduk Kampung Salambigar melalui WhatsApp yang dinamakan ‘Sons of Salambigar’.

Kejohanan julung-julung kali ini disertai pasukan dengan nama-nama yang terdapat dalam Kampung Salambigar seperti Sungai Orok, Bukit Karamunting, Bukit Mumin, Bukit Muntai, Tahong Ranggu, Tajong Tuhau, Gabut, Kompatan Talak dan Gumingsa.

Para pemenang bergambar bersama peserta Kejohanan Futsal Salambigar 2015.
Para pemenang bergambar bersama peserta Kejohanan Futsal Salambigar 2015.

ARTIKEL YANG SAMA