Kejohanan fut...

Kejohanan futsal sempena Festival Sastera UBD

Oleh Nadirah Ali

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Pasukan Beruang Comel muncul juara dalam Kejohanan Futsal Festival Sastera anjuran mahasisiwa-mahasiswi Program Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam (UBD) selepas menewaskan Pasukan ‘Team Tane’ dengan jaringan mata 3-2.

Sementara itu, Awang Muhammad Khairul Anwar @ Naqib bin Haji Kismis pula dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak dalam kejohanan yang diadakan di Padang Turf, Kompleks Sukan UBD.

Kejohanan sempena Festival Sastera Kali Ke-6 itu telah disertai sejumlah tujuh pasukan yang terdiri dari Institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) yang bertujuan untuk mengutip dana bagi Persatuan SMARTER Brunei yang akan disumbangkan semasa Acara Kemuncak Festival Sastera 2016 pada 17 April 2016.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi festival tersebut di Balai Sarmayuda pada 15 hingga 17 April ini.

Pasukan Beruang Comel menjuarai Kejohanan Futsal Festival Sastera.
Pasukan Beruang Comel menjuarai Kejohanan Futsal Festival Sastera.