Kejohanan futsal tahunan 9-23 Okt ini

Kejohanan futsal tahunan 9-23 Okt ini

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Syarikat Sport Legion akan mengadakan pesta dan kejohanan futsal tahunan dengan mengatur empat kejohanan bermula pada 9 hingga 23 Oktober 2016 ini nanti.

Sehubungan itu, mesyuarat antara penganjur dan pengurus-pengurus pasukan yang terlibat dalam kejohanan tersebut telah diadakan baru-baru ini.

Daripada penyertaan dalam empat kategori tersebut, tiga pasukan teratas dalam kejohanan tersebut akan berpeluang menjulang kejohanan dan membawa pulang piala rebutan dan sekali gus menjadi jaguh futsal Legion. Menurut penganjur, acara sukan yang bakal berlangsung itu diharapkan akan mendapat banyak penyertaan kelab dan pasukan futsal tempatan dan sekali gus menyahut baik inisiatif penjagaan kesihatan dalam kalangan warga di negara ini.

Gambar ramai bersama penganjur dan pengurus-pengurus pasukan yang bakal terlibat.
Gambar ramai bersama penganjur dan pengurus-pengurus pasukan yang bakal terlibat.