Kejohanan Golf HM’s International 30 Sept ini

Kejohanan Golf HM’s International 30 Sept ini

Oleh Mohaamd Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun, Kelab Golf Pantai Mentiri (PMGC) akan mengadakan Kejohanan Golf Amatur Terbuka HM’s International 2016 di kelab golf berkenaan bermula 30 September hingga 2 Oktober nanti.

Perkara tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan berkenaan, Haji Abdul Azizi bin Mohd Kassim ketika mempengerusikan sidang media kejohanan berkenaan di PMGC di sini, hari ini.

Sejurus selepas ucapannya, beliau kemudiannya mewakili pihak penganjur kejohanan menerima tajaan trofi cabaran baru dari ASSAF Group of Companies yang disampaikan oleh Pengurus Eksekutifnya, Haji Abdul Saman bin Haji Ahmad.

Gambar ramai di akhir majlis dengan menampilkan dua trofi baru kejohanan berkenaan.
Gambar ramai di akhir majlis dengan menampilkan dua trofi baru kejohanan berkenaan.

Turut berucap pada majlis itu ialah Pengerusi PMGC, Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd Sanip yang menyatakan perasaan berbesar hatinya kerana kelab golf berkenaan dipilih sebagai hos kejohanan berkenaan.

Menurutnya, sudah tiba masanya PMGC selaku kelab kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberikan khidmat serta kemudahan kepada para peminat sukan golf tempatan dan antarabangsa untuk bersaing di padang kelab tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA