Kejohanan hoki SM rancak berlangsung

Kejohanan hoki SM rancak berlangsung

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Awangku Mohd Ysmin Hadi bin Pengiran Ahmad menjadi wira Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) apabila berjaya menembusi gawang pasukan Sekolah Menengah (SM) Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah dalam Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara 2016 yang diadakan di Kompleks Hoki, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Beliau yang mengenakan jersi nombor 8 menyambar peluang untuk menggegarkan gawang pasukan SM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah sekali gus menjadikan mereka sebagai pasukan yang bakal menentang pasukan SM Tanjong Maya yang menang semalam ke atas pasukan SM Muda Hashim.

Frienzo Romethens dan Mohd Nuradilrul menjadi dalang dalam kekecewaan pasukan SM Muda Hashim semalam apabila bertindak cemerlang dengan jaringan masing-masing.

Dengan kekalahan itu pasukan SM Muda Hashim akan menemui pasukan SM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah pada petang 26 September ini, sementara itu pasukan SM Tanjong Maya akan menentang pasukan Maktab SOAS pada petang hari berikutnya.

Salah satu aksi dari pasukan Maktab SOAS pada kejohanan itu.
Salah satu aksi dari pasukan Maktab SOAS pada kejohanan itu.
Salah satu aksi daripada pasukan sekolah menengah yang bersaing dalam kejohanan tersebut.
Salah satu aksi daripada pasukan sekolah menengah yang bersaing dalam kejohanan tersebut.

Bahagian perempuan pula menyaksikan perlawanan pertama antara pasukan SM Sufri Bolkiah menentang pasukan SM Sayyidina Husain yang akhirnya berpihak kepada pasukan SM Sufri Bolkiah.

Jaringan 6-0 pada perlawanan itu antaranya dijaringkan oleh Nadia Emily Tania (minit ke-3), Nazirah (minit ke-18), Siti Nur Syaza (minit ke-29), Nazirah (minit ke-39), Amal Mahnesah (minit ke-55) dan Nurnajibah (minit ke-56) dan dengan kemenangan itu pasukan berkenaan akan bertemu pasukan yang menang pada perlawanan esok di antara pasukan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan pasukan SM Tanjong Maya.

ARTIKEL YANG SAMA