Kejohanan lumba perahu ditunda

Kejohanan lumba perahu ditunda

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-22 yang sepatutnya diadakan pada 11 Oktober ini bertempat di Kompleks Sukan Air Serasa, Muara, kini ditunda tarikhnya kepada 8 November disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, tarikh bagi mengembalikan borang pendaftaran dilanjutkan kepada 1 November depan.

Menurut kenyataan Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan, di sini, pengurus-pengurus pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dijemput supaya akan hadir ke mesyuarat pengurus-pengurus pasukan pada 1 November jam 9:00 pagi bertempat di Kompleks Sukan Air Serasa, Muara.

ARTIKEL YANG SAMA