Kejohanan Lumba Perahu Kebangsaan diawalkan

Kejohanan Lumba Perahu Kebangsaan diawalkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERKEBAR) dengan ini memaklumkan bahawa tarikh Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-23 diubah ke tarikh yang lebih awal iaitu pada 22 Mei 2016.

Kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan itu juga akan menjemput pengurus-pengurus pasukan untuk menghadiri mesyuarat pada 15 Mei, jam 9 pagi, bertempat di Kompleks Sukan Air Serasa Muara.

Pasukan-pasukan yang berminat untuk menyertai boleh mendapatkan borang pendaftaran dan mengembalikannya tidak lewat dari 13 Mei, jam 4 petang, ke Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah melalui Haji Lakim bin Haji Tinggal di talian 8834311, Awang Roshidi bin Abdul Latif di talian 8846755 dan Awang Irwan bin Haji Ibrahim di talian 8671799.

ARTIKEL YANG SAMA