Kejohanan Piala Duta Korea

Kejohanan Piala Duta Korea

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Gandingan lelaki Jasper YV Voon Chai dan Mohd Sharul bin Mohd Jenin dan gandingan perempuan, Siti Nurhayati binti Mohd Jefri dan Celeny Rohana Roma Tres muncul juara Kejohanan Badminton Piala Duta Korea 2016 yang berlangsung di Pusat Belia di Ibu Negara.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan final, hari ini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Pada perlawanan pertama menyaksikan gandingan Siti Nurhayati dan Celeny Rohana Roma Tres menewaskan regu Nur Azarinah binti Abdullah Mambung dan Siti Norasmah binti Japar, sementara di tempat ketiga jatuh kepada Jamiah binti Sapar dan Malasari binti Haji Brahim, diikuti dengan regu Noor Azura binti Mohd Salleh dan Norazyani binti Yusof di tempat keempat.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang bahagian regu lelaki.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang bahagian regu lelaki.

Sementara itu, dalam regu lelaki pula Jasper yV Voon Chai dan Mohd Sharul bin Mohd Jenin menumpaskan regu Mohd Haneef Zainal dan Yusman Mohd Jenin yang terpaksa akur di tempat kedua dan berada di tempat ketiga ialah regu Mohd Iqbal Asyraf bin Haji Mohamad dan Mohd Syamil Fajrin Wahab, sementara di tempat keempat disandang Lim Eng Chai dan Md Hasmandi Haji Ismail.

Tahun ini menyaksikan lebih 90 penyertaan pemain lelaki dan 60 pemain perempuan menyertai kejohanan yang dibuka pada 6 Mei lalu.

ARTIKEL YANG SAMA