Kejohanan Piala Solidariti AFC Nov ini

Kejohanan Piala Solidariti AFC Nov ini

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Pertandingan berpasukan kebangsaan yang baru, Piala Solidariti Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) akan menjalankan pengundian untuk edisi pertama kejohanan di AFC House, Kuala Lumpur, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung dari 2 hingga 15 November 2016 ini akan melibatkan enam pasukan yang telah tewas dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia dan Piala Asia di UAE 2019 seperti Brunei Darussalam, Macau, Mongolia, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka

  Pertandingan itu juga akan melibatkan tiga lagi pasukan yang tewas pada dalam pusingan kedua kelayakan Piala Asia AFC iaitu Bangladesh, Bhutan, Chinese Taipei, Laos dan Maldives yang dijadualkan berakhir pada 11 Oktober 2016 ini nanti.

Setakat ini Brunei Darussalam diundi dalam Kumpulan A bersama Nepal dan Pakistan serta bakal disertai dua lagi pasukan menjelang pertengahan oktober nanti.

Kumpulan B setakat ini disertai Macau, Mongolia dan Sri Lanka sebelum tambahan satu lagi daripada perlawanan kelayakan yang bakal berlangsung sedikit masa lagi.

Pasukan negara akan menentang Pakistan pada 2 November, menentang Nepal pada 10 november manakala dua lagi perlawanan dijadualkan pada 4 dan 13 November 2016 nanti.

Menurut presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, Piala Solidarity merupakan inisiatif untuk merangsang kemajuan bola sepak di rantau Asia selaras dengan visi dan misi untuk menjadikan pasukan benua ini sebagai pasukan yang kuat di persada dunia.

Menurut kenyataan AFC, penganjuran ini akan memberi peluang kepada mana-mana pasukan yang tidak terlibat dengan kejohanan anjuran FIFA dan AFC.

Ia juga menjadi platform pemfokusan kepada pembangunan bola sepak melalui pertandingan antarabangsa selain menyediakan sasaran pendidikan dan latihan seperti kejurulatihan, pengadilan dan analisis teknikal serta latihan pengurusan bagi pihak yang berminat menjadi hos kepada pertandingan antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA