Kejohanan Piala VFA diteruskan

Kejohanan Piala VFA diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Tiga perlawanan pusingan kedua Piala Presiden Persatuan Bola Veteran Brunei Darussalam meneruskan program perlawanan meskipun terpaksa terdapatnya pembatalan perlawanan antara Rimba Star menentang Pasukan AKSE.

Pasukan I Team menang besar ke atas Pasukan Manggis FC dengan jaringan 9-2 apabila Kula Mohamad membuka tirai jaringan pada minit pertama sebelum dibalas dengan jaringan Kamaluddin Osman daripada Manggis seminit kemudian.

Empat jaringan daripada Pasukan I Team meneruskan senarai gol perlawanan apabila Ampuan Mohamad Eddy menjaringkan gol pada minit ke-13 dan ke-29, Kula Mohammad pada minit ke-26 dan Ratano pada minit ke-32 sebelum satu lagi gol Manggis dijaringkan Morsidi Yahya sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Pada babak kedua perlawanan di Kompleks Sukan Sungai Kebun hari ini dikuasai I Team apabila empat lagi jaringan dibuat oleh pasukan itu hasil rembatan Ratano pada minit ke-58 dan minit ke-87 untuk melengkapkan hatriknya.

Pada minit ke-60 Hamdani menjaringkan gol bagi pasukannya dan Mustapa pada minit ke-80 untuk melengkapkan penguasaan I Team untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

Pada masa yang sama, satu lagi perlawanan di Padang Sekolah Menengah Awang Semaun pula menyaksikan Pasukan XN FT meneruskan rekod tanpa kalahnya apabila membenam Pasukan IKLS dengan jaringan 4-2.

Jaringan XN FT dijaringkan oleh Shahrin Momin, Lim Sun Hui dan dua hasil jaringan Radiman sementera dua gol Pasukan IKLS pula dijaringkan Azamain Haji Masri dan Mohd Sapri Haji Salleh.

Perlawanan ketiga di Kompleks Sukan Tutong pula menyaksikan Pasukan TJ FT tampil pemenang dengan jaringan tunggal yang disempurnakan oleh Keflee Haji Sulaiman untuk membantu pasukannya mara ke peringkat seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA