Kejohanan Renang Terbuka Brunei ke-4

Kejohanan Renang Terbuka Brunei ke-4

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Terbuka Brunei Keempat 2015 yang berlangsung di Kolam Renang Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Berangkat sama ke kejohanan itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Kejohanan itu disertai oleh Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel yang menyertai acara 50 meter kuak dada, 100 meter kuak dada, 50 meter gaya bebas dan 20 meter kuak dada.

Sementara Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim menyertai lapan acara sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung, iaitu acara 100 meter kuak kupu-kupu, 100 meter kuak lentang, 100 meter kuak dada, 100 meter gaya bebas, 50 meter kuak dada, 50 meter gaya bebas, 50 meter kuak kupu-kupu dan 50 meter kuak lentang.

Seramai 213 perenang daripada 10 persatuan renang tempatan dan sebuah persatuan renang dari Miri, Sarawak mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah semasa berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Terbuka Brunei Keempat 2015 yang berlangsung di Kolam Renang Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah semasa berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Terbuka Brunei Keempat 2015 yang berlangsung di Kolam Renang Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Duli Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan berangkat ke kejohanan tersebut.
Duli Pengiran Muda Mahkota, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan berangkat ke kejohanan tersebut.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan menyertai acara kuak gaya bebas.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan menyertai acara kuak gaya bebas.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan mengikuti acara kuak dada.
YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan mengikuti acara kuak dada.

Sebanyak 12 acara renang dijadualkan berlangsung pada hari pertama hari ini, namun ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,hanya enam acara renang berjaya dipertandingkan.

Acara 200 meter lelaki individu medley dimenangi Nur Haziq Samil daripada Micia Swimming Team dengan catatan masa 2:29.98 manakala di tempat kedua ialah Simon Mead daripada Jerudong Swimming Team dengan catatan masa 2:43.28 dan Eric Bong Cheng Liang dari Brunei Speed Swimming Club dengan catatan masa 2:54.54.

Acara 200 meter wanita dimenangi oleh Ashley Chai dari Royal Brunei Recreation Club dengan catatan masa 2:45.85 manakala Wan Ying Leong daripada Persatuan Renang Amatur Miri di tempat kedua dengan catatan masa 2:51.22 dan di tempat ketiga ialah Sabrina Jong dari Royal Brunei Recreation Club dengan catatan masa 2:54.98.

Acara 50 meter kuak dada lelaki dimenangi oleh Rudi Rahim dari Dolphin Swimming Club dengan catatan masa 32.40, manakala di tempat kedua ialah Dylan Chua dari Dolphin Swimming Club dengan catatan masa 33.97 dan di tempat ketiga ialah Isaac Chen dari Royal Brunei Recreation Club dengan catatan masa 35.26.

Acara 50 meter kuak dada wanita dimenangi oleh Andra Chai dari Royal Brunei Recreation Club dengan catatan masa 40.65, manakala di tempat kedua ialah Sabrina Jong dari Royal Brunei Recreation Club dengan catatan masa 40.91 dan di tempat ketiga ialah Aina Fedalisa Khaulid daripada Persatuan Renang Amatur Miri dengan catatan masa 42.72.

Acara 50 meter gaya bebas lelaki dimenangi oleh JJ Lim dari Dolphin Swimming Club dengan catatan masa 26.06 manakala di tempat kedua ialah Desmond Yong dari Royal Brunei Recreation Club dengan catatan masa 26.28 dan tempat ketiga ialah Alfred Law dari Dolphin Swimming Club dengan catatan masa 26.61.

Acara terakhir hari pertama sebelum acara seterusnya ditangguhkan ialah 50 meter gaya bebas wanita, dimenangi Wan Ying Leong daripada Persatuan Renang Amatur Miri dengan catatan masa 29.40, sementara di tempat kedua ialah Ashley Chai dari Royal Brunei Recreation Club dengan catatan masa 30.74 dan di tempat ketiga ialah Amnahliyani Mohd Husain dari Dolphin Swimming Club dengan catatan masa 30.84.

ARTIKEL YANG SAMA