Kejohanan Sepak Takraw Belia 8 Januari depan

Kejohanan Sepak Takraw Belia 8 Januari depan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) akan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Regu Kebangsaan Belia Bawah 21 Tahun yang akan dibuka rasmi pada 8 Januari 2016 depan.

Menurut kenyataan PESTABARU di sini, penyertaan kejohanan yang diadakan bersempena Hari Belia Kebangsaan 2015 itu telah ditutup hari ini dan tarikh mesyuarat bagi pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada 7 Januari 2016 jam 2:30 petang di Pejabat PESTABARU, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA