Kejohanan tenis remaja antarabangsa bermula

Kejohanan tenis remaja antarabangsa bermula

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Kejohanan Tenis Antarabangsa Remaja Kumpulan 5 ITF Kali Ke-52 kini sedang berlangsung di Negara Brunei Darussalam yang telah bermula sejak kelmarin.

Kejohanan yang mengambil tempat di Pusat Tenis Kebangsaan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu melibatkan para pemain tempatan dan antarabangsa lelaki dan perempuan yang berusia bawah 18 tahun (B18).

Antara pemain antarabangsa yang menyertai kejohanan itu terdiri daripada pemain dari Korea, Indonesia, Thailand, Filipina, Malaysia, Chinese Taipei, Jepun, India, Fiji, Singapura, Pakistan, Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Great Britain.

Hari ini telah bermula dengan perlawanan-perlawanan pusingan awal perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan.

Salah satu perlawanan dalam kategori perseorangan perempuan bagi ITF Junior Circuit berkenaan.
Salah satu perlawanan dalam kategori perseorangan perempuan bagi ITF Junior Circuit berkenaan.