Kejohanan Tinju Amatur Dunia di Qatar

Kejohanan Tinju Amatur Dunia di Qatar

DOHA, Qatar, 6 Okt (Agensi) – Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar (QOC), Sheikh Joaan bin Hamad Al-Thani, semalam merasmikan edisi ke-18 Kejohanan Tinju Amatur Dunia di Arena Ali bin Hamad Al Attiyah di Kelab Al Sadd di Doha yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Presiden Persatuan Tinju Amatur Antarabangsa (AIBA), Dr. Ching-Kuo Wu, menghadiri majlis perasmian kejohanan itu bersama-sama Setiausaha Agung QOC, Dr. Thani bin Abdulrahman Al Kuwari, yang mengetuai jawatankuasa penganjur, Presiden Persekutuan Tinju Qatar, Yusuf Ali Al Kazim serta personaliti sukan lain dan ketua-ketua delegasi.

Majlis perasmian memaparkan segmen yang berlainan yang menggambarkan ketulenan warisan Qatar, dan disusuli dengan pengisytiharan pembukaan kejohanan dan pertarungan bermula pada hari ini.

Kejohanan itu menyaksikan penyertaan 260 petinju dari 74 negara seluruh dunia.