Kejohanan utama yang teruk

Kejohanan utama yang teruk

Samantha Stosur yang menewaskan Simona Halep dalam laluan ke suku akhir. – AP
Samantha Stosur yang menewaskan Simona Halep dalam laluan ke suku akhir. – AP

PARIS, 1 Jun – Agnieszka Radwanska dan Simona Halep membidas para penganjur Terbuka Perancis hari ini selepas memaksa mereka untuk bermain di bawah hujan tatkala Novak Djokovic dan Serena William dipaksa untuk bermain dan menangguhkan perlawanan mereka disebabkan hujan.

Radwanska, pemain pilihan kedua, dan pilihan keenam Halep kedua-duanya tewas dalam perlawanan 16 terakhir selepas memulakan mainan yang baik pada malam Ahad.

Namun selepas kejohanan hari ini dibatalkan, mereka dipaksa bermain pada gelanggang lembap dan sejuk Roland Garros hari ini meskipun hujan tidak berhenti dalam masa dua jam.

“Saya amat terkejut dan marah di mana kami terpaksa bermain dalam hujan. Maksud saya, ia bukanlah kejohanan bernilai $10,000. Ia adalah Grand Slam,” bintang Poland itu menegaskan selepas tewas 2-6, 6-3, 6-3 kepada pemain Bulgaria nombor 102 dunia Tsvetana Pironkova.

Radwanska berada di depan 6-2, 3-0 pada malam Ahad, namun tewas 10 permainan berturut-turut semalam.

“Bagaimana anda boleh benarkan pemain untuk bermain dalam keadaan hujan?,” kata bekas naib juara Wimbledon yang tewas di gelanggang Suzanne Lenglen.

“Saya tidak rasa mereka peduli apa yang kami fikir. Saya berasa mereka peduli sebab hal lain.

Halep, ditewaskan pada perlawanan akhir 2014 di tangan Maria Sharapova, tewas 7-6 (7/0), 6-3 ke atas bekas juara Terbuka Amerika Samantha Stosur.

Pemain Romania itu berada di depan 5-3 apabila perlawanan ditangguhkan pada Ahad lepas.

“Saya hilang kata-kata. Untuk bermain perlawanan-perlawanan tenis ketika hujan saya berasa ia begitu melampau,” kata pemain Romania itu selepas tewas di Gelanggang Pertama.

“Keadaan gelanggang tidak begitu baik. Bola dalam keadaan sangat basah. Saya berasa selamat. Tiada siapa peduli akan para pemain.”

Hanya dua sahaja perlawanan dapat ditamatkan semalam selepas kejohanan itu mengalami penangguhan seharian dalam 16 tahun pada Isnin lepas.

Pemain pilihan utama dan nombor satu dunia kini 3-6, 6-4, 4-1 di depan pemain pilihan ke-14 Sepanyol Roberto Bautista Agut dalam perlawanan 16 terakhir di Gelanggan Philippe Chatrier. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA