Kejujuran dapat sanjungan

Kejujuran dapat sanjungan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Kejujuran seorang lelaki yang datang ke Balai Polis dan menyerahkan wang tunai dan buku pencen yang dijumpainya di depan sebuah bank terkemuka di ibu negara mendapat sanjungan dan penghargaan polis.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohd Noor bin Haji Abdul Rahman berkata, Balai Polis Pusat kelmarin (25 Nov) telah menerima laporan mengenai wang pencen berjumlah $300 dan buku pencen seorang warga emas perempuan berumur 66 tahun telah hilang.

Gambar buku pencen itu telah dimuat naik dalam media sosial dan menjadi viral dalam WhatsApp.

Buku pencen dan wang yang sudah diserahkan kepada pemiliknya.
Buku pencen dan wang yang sudah diserahkan kepada pemiliknya.

Pada hari yang sama, kira-kira jam 3:00 petang, seorang lelaki telah datang ke balai polis dan menyerahkan wang dan buku pencen tersebut yang dijumpainya di depan Standard Chartered Bank BSB.

Menurut beliau, wang pencen dan buku pencen itu telah dikembalikan kepada pemiliknya dua jam kemudian.

“Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Awang Muhammad Abdul Khaliq bin Haji Ahmad kerana telah menghantar wang dan buku pencen yang dilaporkan hilang ke Balai Polis Pusat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA