Kek istimewa serikan Festival Perkahwinan Brunei 2016

Kek istimewa serikan Festival Perkahwinan Brunei 2016

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Seramai 100 pempamer dalam dan luar negara telah menyertai Festival Perkahwinan Brunei 2016 yang membuka tirainya di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, bermula hari ini hingga 28 Februari.

Festival yang diadakan buat kali ke-6 itu telah dilancarkan oleh tetamu kehormat, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil bersama wakil-wakil penaja dengan memotong kek pelancaran.

Terdahulu, Pengerusi Acara, Hajah Florinda binti Haji Mejenis dalam ucapan alu-aluannya melahirkan penghargaan kepada para peserta tempatan dan luar negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Singapura yang menyertai festival tersebut.

Antara tarikan festival yang dianjurkan oleh Songket Wedding yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu ialah kek istimewa berbentuk baju pengantin setinggi kira-kira lima kaki yang bernilai $10,000.

Datin Paduka Dr. Hajah Norlila merakamkan gambar kenangan pada Festival Perkahwinan Brunei 2016.
Datin Paduka Dr. Hajah Norlila merakamkan gambar kenangan pada Festival Perkahwinan Brunei 2016.

pg04_160227_b

pg04_160227_d

Salah seorang daripada 100 pempamer yang menyertai festival berkenaan.
Salah seorang daripada 100 pempamer yang menyertai festival berkenaan.

Kek seberat 200kg itu adalah hasil kerja seni Faridah dari Cakes & Edible Art oleh Faridah yang mengandungi coklat premium Belgium dengan tiga perisa iaitu coklat, oren dan vanila dan dihiasi indah dengan kelopak bunga-bungaan daripada fondant yang telah mengambil masa dua setengah hari untuk disiapkan.

Festival Perkahwinan itu bukan saja dibukakan untuk mereka yang hendak melangsungkan perkahwinan tetapi juga kepada semua pengunjung yang berhasrat ingin mengambil bahagian dengan aktiviti yang dirancang serta cabutan bertuah tahunan.

Kek istimewa berbentuk baju pengantin setinggi kira-kira lima kaki menyerikan lagi Festival Perkahwinan itu.
Kek istimewa berbentuk baju pengantin setinggi kira-kira lima kaki menyerikan lagi Festival Perkahwinan itu.

pg04_160227_g

pg04_160227_f

Bagi para pengunjung yang berbelanja minimum $100 semasa pameran tersebut berpeluang untuk memenangi pakaian songket pengantin lelaki dan perempuan bernilai $5,000 dari Adila Long dan pakej percutian bulan madu untuk tiga hari dua malam di Premier Zakuzi Room Golden Tulip Devins Seminyak bernilai $1,800 yang ditaja oleh Vara Wedding.

Selain itu, 60 pengunjung yang berpakaian kemas juga akan memenangi baucar yang ditaja oleh Shop 2 Sarah’s dan Moore’s Hairstyles dengan kerjasama OOTD (Outfit of The Day) Brunei, dan tidak ketinggalan para pempamer juga berpeluang untuk memenangi hadiah bertuah bagi pondok yang dihiasi dengan begitu cantik.

Pameran Perkahwinan itu terus menjadi platform bagi peniaga-peniaga tempatan untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi industri perkahwinan di Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA